Tuesday, 8 December 2015

Kemurungan Selepas Bersalin (Postanal Depression)

Assalammualaikum..

Topik harini bukan kerana lily atau tentang lily.
tapi hanya perkongsian bersama sahaja.

POSTNATAL DEPRESSION

Apa punca kemurungan selepas bersalin ni?
Ok aku tak rujuk mana-mana blog atau google pape ya.
aku bercakap dengan pemikiran aku sendiri. apa yang aku rasa kena dengan maksud kemurungan.

As for me, kemurungan ni adalah satu keadaan bila kita rasa down sangat sangat
rasa bersendirian, rasa sedih, rasa nak marah..
orang tua-tua kata meroyan.



Selalunya orang lepas bersalin ni dikaitkan dengan kemurungan ni.
Kenapa?
Mungkin aku boleh berikan beberapa contoh penyebabnya..

Kurang perhatian dalam penjagaan semasa pantang
Anak pertama jadi kurang pengalaman untuk menguruskan diri dan baby
Keletihan yang teramat akibat kurang rehat
Berjauhan dengan keluarga 
Kurang sokongan keluarga dalam menjaga baby
dan so on..

bahaya sebenarnya kemurungan selepas bersalin ni.
sebabnya nanti tak pasal baby yang jadi mangsa kemarahan si ibu ni.
walaupun tiada niat nak sakitkan baby tersayang tapi bila emosi menguasai diri, bahaya.
Semuanya diluar kawalan kita.
Lagi pun perempuan akan akalnya cuma 1 berbanding 9 emosi.
kan kann...

Aku pernah dengar cerita tentang kemurungan ni atau meroyan ni.
baby baru seminggu dipukul ibunya, tanak bagi susu.
walaupun dah bersalin 5 kali.
kenapa puncanya?
Kurang perhatian dalam membesarkan anak-anak yang lain dan keletihan yang amat.
Aduhai kesian kan..
mintak dijauhkan lah pada lily.

Apa pun cara nak atasi adalah pada diri sendiri.
nak arap orang lain sangat pun, memang susah.
mental dan fizikal kena kuat sebelum nak jadi ibu ni.
bukan jawatan yang mudah nak ditanggung.
memang tak perlu interview semua tapi tanggungjawab tu yang paling besar nak dipikul.

tepuk dada tanya hati.

okebai~ 
Assalammualaikum..

No comments:

Post a Comment