Monday, 14 December 2015

Cara pengendalian susu EBM kepada pengasuh.

Assalammualaikum..

hari aku nak share kan cara yang betul (kot?) untuk hantar bekalan susu EBM kepada pengasuh.
macam aku adalah new mommy bagi baby lily, anak first kan.
jadi knowledge pasal susu badan ni memang cetek.
sentiasalah aku merajinkan diri untuk jelajah blog-blog dan buat pembacaan tentang pengurusan susu ni. bukan mudah ye. tapi takdelah susah sangat.

ini pun aku share kan dari orang lain.
sharing is caring kan.

Breastfeeding post

Ok
Byk pm minx ajar cre hantar susu pd pengasuh dan aturannya
Ok,sy gunakan contoh ebm aqeel,anak sy ye

Keperluan:
1. Cooler bag
2. Ice pack/ice brick
3. Storage bottle/feeDing bottle

Sy gunakan 6 feeding Bottle

Kenapa?
Jap lg sy explain


setiap satunya dilabel ikut penggunaan.

yang ni fresh, pam seawal pagi, tahan 4 jam suhu bilik


Aturan susunan botol
Botol 1 fresh
Botol 2 frozen
Botol 3 frozen
Botol 4 chill
Botol 5 chill
botol 6 fresh

Kenapa nk atur semua jenis ebm?

Ada sbb
Stiap jenis ebm khasiat dh lain
1st best fresh
2nd best chill
3rd best frozen

Tp still,it is better then fm

Ada yg btanya
Boleh tak sy bekalkan semua yg frozen?
Boleh tak sy bekalkan semua yg chiller?

Boleh
Tiada mslh
But if mmg ada stok,gunakan semu2 jenis
Sbb kita nak bagi in and out dr fridge balance

Ok
Kenapa sy bg semua feeding bottle?
Dear mak2,ummi2,ibu,mama2,mommy2

MUDAHKAN PENGASUH ANDA

Ada yg maklum bekal yg frozen tanpa dicairkan
bygkn apabila anak lapar
Susu belum cair
nk tunggu panaskan lagi
anak mlalak
Perkara tu boleh dtgkan stress

susu frozen,malam sebelum tidur
Rendam dlm bekas,isi air paip
Simpan dkt chiller
Bgn pg susu tu dh cair sepenuhnya
seeloknya,kerja agih dan bahagikan susu bia ibu yg buat

Pengasuh just panaskan n bg pd baby
Bekalkan pengasuh warmer
Jd susu mudah dia panaskan

Sy bekalkan 3oz×6botol
Chill dan fresh je

Botol 1 fresh
botol 2 chill
botol 3 chill
Botol 4 chill
botol 5 chill
Botol 6 fresh

Kenapa ye botol 1st and last fresh?

Sy bgn pam seawal 5.30pg
Bekal fresh coz nak mudahkan pengasuh
Hantar je kdg2 anak trus minx susu
Jd gunakan yg fresh mcm dlm gambar
botol 1st,fresh sy asingkan di ats tanpa ice pack

Botol 4-6 bekalkan yg fresh dan chill
if anak xhabis minum
kt dpt simpan

If kt bekalkan semua frozen
Xsalah
Tp takut terjadi pembaziran

Frozen ebm yg dicairkan hanya btahan 24jam(disimpan dlm chiller selepas dicairkan)
Jd if botol hujung2 tak habis,anak nampak mak dh tolak botol
Jd balance botol yg tak habis td terpaksa buang
Berlainan bila botol hujung2 adlh chill dan fresh
If anak tak habis minum,
Dpt smpan dlm peti dan gunakan utk bekal keesokannya

Sy mudahkan pengasuh
botol pertama,fresh
Jd bila gunakan botol ptama
pengasuh akn keluarkan botol kdua n letak di luar,bia pd suhu blik
(Ebm pd suhu bilik tahan 4jam ye)
Jd bila nak bg botol kedua td
susu dh tak sejuk
Susu anak sy xpnah dipanaskan,sy just ajar pengasuh,bia pd suhu bilik
Bila guna botol kdua,keluarkan botol ketiga dan seterusnya
Tgk keserasian anak ye,anak sy boleh trima ebm yg xdipanaskan
But if nk panaskan pn boleh
jd tempoh ms nak suam xlama

Byk pngasuh dan pemikiran org kata xnk jaga anak bf,ssh nak handle ebm
tp cube kita amik insiatif mudah kan pngasuh

1. Sediakan ebm ikt sukatan perfeed pd tiap botol(jd pengasuh xperlu sukat h)
2. Sediakan botol feeding,tiap ebm siap dlm botol (jd pengasuh panaskan dan terus bg baby,xperlu pindah2 botoll)
3. Bwk ebm gunakan cooler bag or ice box,jd anda tidak akn mganggu ruang peti air pengasuh.susu dlm cooler bag dgn 3ice pack tahan 6-8jam
4. Label ats penutup botol dgn no 1-6
Jd mudah pengasuh just amik ikut nombor

Ok panjangnya taip
keliru dkt mana2,trus tanya dlm komen
sy bantu ye

Happy breastfeeDing

ok sekian sharing.
ini pun saya kopipasta je
moga bermanfaat.

Tuesday, 8 December 2015

Kemurungan Selepas Bersalin (Postanal Depression)

Assalammualaikum..

Topik harini bukan kerana lily atau tentang lily.
tapi hanya perkongsian bersama sahaja.

POSTNATAL DEPRESSION

Apa punca kemurungan selepas bersalin ni?
Ok aku tak rujuk mana-mana blog atau google pape ya.
aku bercakap dengan pemikiran aku sendiri. apa yang aku rasa kena dengan maksud kemurungan.

As for me, kemurungan ni adalah satu keadaan bila kita rasa down sangat sangat
rasa bersendirian, rasa sedih, rasa nak marah..
orang tua-tua kata meroyan.



Selalunya orang lepas bersalin ni dikaitkan dengan kemurungan ni.
Kenapa?
Mungkin aku boleh berikan beberapa contoh penyebabnya..

Kurang perhatian dalam penjagaan semasa pantang
Anak pertama jadi kurang pengalaman untuk menguruskan diri dan baby
Keletihan yang teramat akibat kurang rehat
Berjauhan dengan keluarga 
Kurang sokongan keluarga dalam menjaga baby
dan so on..

bahaya sebenarnya kemurungan selepas bersalin ni.
sebabnya nanti tak pasal baby yang jadi mangsa kemarahan si ibu ni.
walaupun tiada niat nak sakitkan baby tersayang tapi bila emosi menguasai diri, bahaya.
Semuanya diluar kawalan kita.
Lagi pun perempuan akan akalnya cuma 1 berbanding 9 emosi.
kan kann...

Aku pernah dengar cerita tentang kemurungan ni atau meroyan ni.
baby baru seminggu dipukul ibunya, tanak bagi susu.
walaupun dah bersalin 5 kali.
kenapa puncanya?
Kurang perhatian dalam membesarkan anak-anak yang lain dan keletihan yang amat.
Aduhai kesian kan..
mintak dijauhkan lah pada lily.

Apa pun cara nak atasi adalah pada diri sendiri.
nak arap orang lain sangat pun, memang susah.
mental dan fizikal kena kuat sebelum nak jadi ibu ni.
bukan jawatan yang mudah nak ditanggung.
memang tak perlu interview semua tapi tanggungjawab tu yang paling besar nak dipikul.

tepuk dada tanya hati.

okebai~ 
Assalammualaikum..

Monday, 7 December 2015

Ketawa lah sayang~

Assalammualaikum..

Saja nak kongsikan detik happy baby lily dah pandai gelak depan fon.
budak zaman sekarang kan.
bukan main galak gelaknya.

so adorable~

three month old Nurlily Sumayyah
okebai..
Assalammualaikum..

Friday, 4 December 2015

First Moment

Assalammualaikum..

Setiap yang mula ada jalan pertamanya dan setiap yang akhir ada penamatnya.
macamni lah aku rasa sejak baby lily lahir bila aku tengok kuku dia mak aiii keciknya.. camna nak potong ni.

tapi harini dalam sejarah bila aku beranikan diri untuk potong kuku lily.
alkisahnya sebab pengasuh tunjukkan calar di muka lily. 
baby lily ni suka sgt tonyoh muka dengan jari jemarinya yg comel tu. 


akibatnya tercalarlah sikit di bahagian hidungnya mancung tu. maka mengamuklah lily dengan hebatnya. huhu
jadi balik dari ambil lily, aku terus lah tekad untung potong kuku lily walaupun takut habaq hang!


walaupun ambil masa 30 minit untuk setel 10 jari ni, aku puas hati sebab dah berjaya potong tanpa sebarang kecederaan. hihi.

okey sekian entry tentang lily dan kuku.
assalammualaikum~

Wednesday, 2 December 2015

Baby Lily Already 3 Months Old

Assalammualaikum..

Hari ini 3 Disember 2015 genap baby lily 3 bulan.
Syukur alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik dan semakin cergas dan ceria.
Ramai yang bertanya apa yg baby lily dah pandai buat.

banyak sgt perkembangan baby lily setakat ni.
dan im a very happy ummi dengan perkembangan baby lily.

1. Baby lily pandai hisap jari
(ini paling obvious tau, sampai bunyik chup chup chup. Sangat menikmati tau)




2. Pandai berborak
(paling-paling kalau ada ayah dia, bukan main eksited. Jeles umi tauu)



3. Pandai genggam barang
(bolehlah sekejab sekejab. Agaknya bila dia rasa tak best, dia lepas kan je. pelik kot rasa)




4. Suka senyum
(Part ni mmg win. sejak baby lagi suka senyum. orang kata ikut umi nya. hihi at last, ada jugak trademark umi kat lily ya. selain mata yg ala ala korea tu)



Ok dalam gambar ni baby lily tak senyum. Ohya, baby lily botak sebab baru lepas cukur jambul 21 nov 15 haritu. itu story lain ya.

Dan banyak lagi. yang atas ni paling obviouslah.
comelkan baby membesar.
paling best dia membesar depan mata.
tapi sebab umi bekerja, jadi baby lily tinggal dengan ibu (pengasuh tu bahasakan dirinya ibu)
so far pengasuh pun ok.

Ok setakat ni je.
Nnt umi sambung cerita ya.
Cerita perjalanan baby lily dari dalam perut sampai lah lahir ke dunia ini.

Okay bye.
Assalammualaikum.