Wednesday, 9 March 2016

Baby Lily demam tukar bulan~

Assalammualaikum~

Alhamdulillah..

Baru baru ni baby lily demam, selsema dan batuk..
risau sangat mak nak oiii..
sampai cuti seminggu..
walau hati tak tenang tapi gagahkan juga sebab nak jaga sendiri sampai sihat.
alhmdulillah seminggu dah naik kerja, baby lily pun nampak makin sihat.
kahak pun dah mula reda.
selsema pun dah takde.
mungkin sebab cuaca..
ataupun aktiviti ibu ayah ekstrem sangat sampai lily tak tahan.
Sorry sayang..

Sebelum hari lily demam apa aktiviti yang dibuat yang mungkin menjadi trigger kepada lily demam
1. lily mandi kolam dengan sepupu-sepupunya
2. pergi ke pameran karangkraf
3. family mentua semua demam

Memula ok je, tapi esoknya dengar ada kahak dan batuk.
ibu dah risau.
rupanya makin teruk.

Macam2 cara ibu cuba nak kurangkan kahak.
Buat 'percusion' dua kali.
memang hingus keluar banyak tapi kahak tak keluar
ibu sedut sedut hingus bagi clear guna mulut tau
alhmdulillah lepas tu memang ada kurang kecuali kahak
bawak pergilah ke Klinik Ajwa Seksyen 7 Shah Alam
Doktor bagi ubat kahak, panadol dan titis hidung.
Masa ni berat lily dah 6.5 kg.. hihi..geram pipi pau.



ni masa ada low fever, suhu 37.8. Ibu ambil EL utk jaga lily di rumah

Ibu dengan lily masa ke pameran karangkraf. Esoknya terus lily demam. huhu. panas sangat cuaca.


Masa ni lily berkahak teruk. Tidur sekejab terjaga sebab tak selesa. Memang sejam sekali bangun
takpelah demi lily, ibu cuti seminggu. Ayah pun banyak tolong jaga lily.
Terima kasih Ayah :-)

Orang kata lily demam sebab nak berubah bulan.
mungkinlah kot kan. 
tapi alhmdulillah lily dah makin sihat.
nanti ibu share kan apa yang ibu guna untuk merawat demam batuk kahak lily ya.

okebai~ 

Monday, 4 January 2016

Bayi Perempuan Berkhatan

Assalammualaikum..

Bukak sekolah ni memang riuh dengan orang duk bercerita tentang pengalaman pertama di sekolah.
Dengar radio Hotfm pun memang hangat bercerita.

Aku?
Takde ingat sangat tapi yang wajib ialah nangis bila kena tinggal dan tengok duit poket ada berapa.
hihi.. materialistik kan? taklahhh..

Apa kena mengena dengan buka sekolah ni?
Sebabnya..
Alhamdulillah Baby Lily dah selamat dikhatan kan pada 1 Januari 2016.
Besar dah anak ibu.

kenapa perly berkhatan?
jom baca.

Hukum berkhatan 

Hukum mengikut jumhur ulama’ ialah wajib bagi lelaki yang bergelar muslim untuk dikhatankan dan sunat pula bagi wanita untuk dikhitankan. 
Mengkhatan anak lelaki adalah wajib manakala mengkhitankan anak perempuan pula adalah sesuatu yang terpuji. 
Berkhatan menjadi wajib untuk dilakukan ketika si anak hampir cukup umur atau apabila seseorang mencapai akil baligh.
 Berkhatan untuk lelaki adalah sunat dihebahkan sementara untuk wanita pula adalah sebaliknya. Sekiranya terdapat risiko ia akan membahayakan diri kanak-kanak tersebut, maka ianya patut di tangguhkan ke suatu masa lain yang lebih selamat. Ia sebaik-baiknya dilakukan pada hari ke 7 atau hari ke 40 bayi dilahirkan. (Lily berkhatan umur 3 bulan 29 hari)
 Satu lagi masa yang baik adalah semasa umurnya mencapai 7 tahun, iaitu umur apabila mereka perlu sudah mula disuruh untuk solat. 

Khitan atau sunat anak perempuan

 Selalu berlegar-legar dalam fikiran mak ayah terutamanya yang berkahwin di usia masih muda dan baru menimang anak pertama.
 Perempuan pulak tu! 

Eh, anak perempuan pun kena sunat ke? 

Umur berapa paling sesuai disunatkan? 

Kalau tak sunat ada effect apa-apa tak nanti? 

Alamak, terlupa lah haritu nak sunat masa lepas bersalin.. 

Aiseh.. gegurl aku dah besar, dah boleh berlari ni.. boleh lagi ke nak sunat? 

Ok, sebelum tu kita kena faham dulu apa tujuan atau hikmahnya berkhatan ni. Samada lelaki atau perempuan, kedua-duanya ada manfaat dan kebaikan tersendiri. Alat kelamin perempuan terdiri daripada dua bahagian. 

Bahagian pertama merupakan simbol kegadisannya dan bahagian kedua adalah bahagian yang harus dipotong semasa berkhitan. 
Cara memotongnya tidak boleh berlebihan dan tidak perlu memotong semua di bahagian itu.
 Untuk kanak- kanak perempuan ianya dilakukan untuk memenuhi syarat berkhatan pada namanya.
 Ia bermaksud memotong pada sebahagian kecil di ‘daging berbentuk balung ayam di atas saluran kencing’ (klitoris). Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin dan tidak akan mencacatkan. 

Para ulama menegaskan, khitan perempuan tak boleh dilakukan secara berlebihan, seperti memotong atau melukai klitoris kerana ianya bukan sahaja membahayakan malah boleh menjejaskan nafsu dan kehendak seks. Jika dilihat dari segi anatomi dan fisiologi, di bahagian hujung klitoris tersebut terdapat titik pertemuan saraf-saraf bagi saraf-saraf di sekitar klitoris.

 Maka, ianya adalah sangat penting untuk ransangan. Seperti yang diketahui, hikmahnya berkhatan berkait dengan pengurangan syahwat, supaya dapat mengurangkan gejala tidak terkawal seperti kehendak dan nafsu yang keterlaluan, yang juga boleh mendorong kepada zina dan kecurangan. Nauzubillah… 

=================================================================================

Tudia, panjang penerangannya.

Tapi sebenarnya betullah apa yang disoalkan tu. 
Aku pun bertanya yang sama.

Alhmdulillah selesai semuanya.


Budak kecik ni kena umpan dengan mainan baru ok. hihi
Sian anak ibu ya. 


Alhmdulillah urusan berkhatan ni mudah.
Buat di klinik Annisa Seksyen 24 Shah Alam, bayaran pun reasonable.
Prosesnya memang sekejab sangat.
Setengah saat je kot?
hihi..





Baby Lily menangis sekejab je masa prosedur berkhatan.
Yelah, terkejut kot rasa pedih tu.
Tapi sekejab je,
Dukung tepuk-tepuk dia ok balik.
Mula-mula risaulah jugak if dia meragam ke apa.
Tapi alhmdulillah balik je ok.
Tidur pun ok.
Baik anak ibu ya.

Honestly, jiwa aku yang kacau fikir sakit ke, lama ke, susah ke.
Cuak nak tengok.
Ibu yang lebih kan?
Tapi tengok Baby Lily pun ok, I have to be strong macam lily. kan kannn..

Pssst: Yeayyy!! Anak ibu dah besar.

Okebai~

Happy 4 month baby lily~

Assalamualaikum..

alahai, sebenarnya ada je idea nak update blog tapi selalu tak kesempatan
bila dah bukak laptop terlupa pulak
dah sampai rumah pegang handphone baru terima nak update
lepas tu malas pulak nak update dengan handphone
*alasan kannnn

oklah back to the main topic
Baby Lily dah 4 bulan uolsss (3/1/16)
alah kecohlah ibu ni, baru 4 bulan kan.


tengok pipi tu
ibunya sendiri geram tau

Alhamdulillah..
Baby lily membesar dengan sihat dan aktif

Ramai yang bertanya apa yang Baby Lily dah pandai buat.

1. Baby Lily dah boleh borak panjang. Kadang-kadang tu eksited sgt sampai jerit-jerit
2. Meniarap sendiri? Belum lagi. Baru 70% boleh. Tapi kalau kita yg meniarapkan suka je dia. Gelak-gelak sakan. kepala pun dah kuat.
3. Pandai merengek okay! Lagi-lagi kalau nak mintak dukung, bukan main menagih simpati. seronok mengusik. Tapi kalau dah mengamuk, kelam kelibut semua orang.

Lagi?
Banyak lagi cuma tak tertulis je.
setiap hari ada je Baby Lily ni suprise kan ibu.

Syukurlah kamu membesar dengan sihat dan cerdik ya syg..
okebai~